Total Pageviews

Saturday 26 November 2011

Program Pra MaalHijrah

Pada 17 November 2011 Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Pra Maal Hijrah 1433H.Oleh kerana Tahun Baru Hijrah jatuh pada cuti sekolah,maka panitia telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program ini lebih awal.
Antara objektif program ini ialah:
1.         Pelajar memahami maksud hijrah yang sebenarnya.
2 .        Mengetahui plot penghijrahan Nabi SAW dan para sahabat.
3.         Mengambil iktibar dari peristiwa hijrah.


Antara aktiviti yang dijalankan pada program ini ialah:
1.        Solat Zohor berjemaah
2.        Ceramah MaalHijrah oleh Ustaz Zakaria b Idrus
3.        Jamuan





Saturday 12 November 2011

Renungan Bersama

"Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau sebagai seorang murid atau sebagai seorang pendengar atau sebagai seorang pencinta ilmu.Jangan kamu jadi orang kelima, kamu akan binasa"...

Program Ihya'Ramadhan

Pada bulan Ramadhan 1432 H yang lalu,Panitia Agama Islam telah mengadakan program Ihya' Ramadhan bagi menghidupkan lagi bulan Ramadhan yang mulia.Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:
1.Tadarus Al-Quran
2.Mutiara Ramadhan
3.Tazkirh
4.Majlis Khatam Al-Quran
Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.Syukran!