Total Pageviews

Wednesday 17 April 2013

Panduan Dan Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam PMR

1. Baca dan faham kehendak soalan.
2. Tidak perlu menjawab dalam bentuk esei.
3. Jawab dalam bentuk “point”/ isi
4. Tulisan kemas dan boleh dibaca.
5. Jawab semua soalan yang ditanya.
6.Setiap jawapan perlu kepada “Kepala jawapan”.
7. Soalan perbandingan @ perbezaan – buat jadual perbandingan atau apa cara yang boleh menampakkan perbezaan.
8. Jawapan untuk soalan hukum dan alasan :(Gunakan istilah berikut sahaja untuk menjawab hukum sprt: wajib, Sunat, Haram, Makruh, Harus,Sah dan Batal atau Tidak Sah.)
9. Soalan istilah – hanya perlu kemukakan istilah yang tepat sahaja.
10.Berikan jawapan lebih dari kehendak soalan. Jika soalan minta dua isi,beri 3 @ 4 isi.
11. Ketahui kehendak dan bentuk soalan serta gariskan elemen-elemen penting.
12.Soalan berbentuk – Jelaskan / Terangkan, perlu kepada penerangan jawapan.

Tuesday 16 April 2013

MOTIVASI DIRI

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Apa Itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah?
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan disekolah.
PBS di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk iaitu:
a)Projek
b)Kerja Kursus
c)Ujian Lisan Berasaskan Sekolah(ULBS)
d)Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah(PLBS)
e) Modul
Matlamat PBS Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara. Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang melibatkan Tilawah & Hafazan serta Pemerhatian Adab & Akhlak Islamiah merupakan alat pengukuran bagi sebahagian matlamat Pendidikan Islam.
Oleh itu boleh disimpulkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu lagi cabangan yang membolehkan murid ditaksir menggunakan pengukur-pengukur yang disediakan sejajar dengan matlamat setiap mata pelajaran.

Monday 15 April 2013

MAJLIS BACAAN YAASIN MINGGUAN

Pada Khamis 4 April 2013 telah diadakan Majlis Bacaan Yaasin Mingguan Kali –1 untuk tahun 2013.Majlis ini adalah aktiviti mingguan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Senawang 3 dan dipimpin oleh Al-Fadhil Tn.Hj.Othman b Md Diah.Majlis ini diadakan pada setiap hari Khamis jam 4.55 petang dimulai dengan Solat Asar secara berjemaah.Antara objektif majlis ini diadakan ialah untuk memantapkan kerohanian dan memupuk amalan membaca Al-Quran dikalangan pelajar. Program ini adalah aktiviti mingguan yang akan dijalankan pada setiap hari Khamis sepanjang tahun 2013.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH SEKOLAH DAERAH SEREMBAN 2 KALI KE 39

Majlis Tadarus Al-Quran Seklah Sekolah Daerah Seremban 2 Kali ke 39 telah diadakan pada 6 April 2013 (Sabtu) bertempat di SM (T) Tuanku Jaafar Ampangan,Seremban.Pada majlis kali ini SMK Senawang 3 telah menghantar 3 orang peserta untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan.Peserta-peserta tersebut ialah:

1.Mohd Shahrul Nizam b Azhar  -Khat Jawi
2.Nurul Ain bt Mohd Azmi  -Khat Jawi
3.Janatul Naim b Mohd Noor  -Hafazan.

Kesemua peserta menerima sijil penyertaan bagi acara yang disertai.Walaubagaimanapun syabas diucapkan atas usaha dan kesungguhan mereka.