Total Pageviews

Saturday 18 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012/1433H

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Februari 2012 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi.Sambutan ini disertai oleh pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Senawang 3.Majlis dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul dan bacaan selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W oleh semua pelajar dan guru.Seterusnya majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrizal b Mohd Ali,Imam Masjid Jamek,Seremban.Adalah diharapkan sambutan ini akan dapat menzahirkan lagi rasa kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W.Seterusnya akan memupuk pelajar mengamalkan sunnah rasulullah,mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangannya.


Saturday 4 February 2012

Majlis Solat Hajat dan Solat Taubat Kali-1

Pada 2 Februari 2012,Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Solat Hajat dan Solat Taubat kali -1untuk semua pelajar Islam.Program ini akan menjadi aktiviti bulanan panitia dimana ia akan diadakan sebulan sekali sehingga bulan Oktober nanti.Antara objektif program ini diadakan ialah:
a)menggalakkan pelajar melakukan solat-solat sunat dan menjadikannya sebagai amalan harian.
b)memohon keberkatan daripada Allah Taala agar diberi kejayaan cemerlang dalam pelajaran.
c)membentuk peribadi dan akhlak mulia pelajar serta dapat memantapkan kerohanian mereka.