Total Pageviews

Tuesday 16 April 2013

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Apa Itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah?
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan disekolah.
PBS di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk iaitu:
a)Projek
b)Kerja Kursus
c)Ujian Lisan Berasaskan Sekolah(ULBS)
d)Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah(PLBS)
e) Modul
Matlamat PBS Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara. Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang melibatkan Tilawah & Hafazan serta Pemerhatian Adab & Akhlak Islamiah merupakan alat pengukuran bagi sebahagian matlamat Pendidikan Islam.
Oleh itu boleh disimpulkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu lagi cabangan yang membolehkan murid ditaksir menggunakan pengukur-pengukur yang disediakan sejajar dengan matlamat setiap mata pelajaran.

No comments:

Post a Comment